Tips hilangkan sakit tekak


Petua pertama menggunakan asam jawa. Buat jus asam jawa yang pekat kemudian minum. Kalau rasanya tekak korang tak dapat terima rasa asam jawa yang masam tu, nak lagi sedap boleh letak gula yer,  tapi pastikan tak la manis sangat. Kang penyakit lain pulak mai..Yang nie paling senang nak praktik.


Petua kedua mnggunakan buah kembang semangkuk. Rendamkan sebiji dalam sebuah mangkuk dan minum airnya. Kalau nak lebihkan dua atau tiga biji tu terpulanglah. Buah kembang semangkuk nie boleh beli kat kedai cina ubat. Tapi syarat utamanya kena rendam dalam mangkuk yer korang, kalau rendam dalam cawan ker, tak mujarab sebab namanya kan kembang semangkuk.haha..


Petua ketiga menggunakan asam keping. Ambik beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Pastu tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Emm yang nie, jijah rasa susah sikit. Kalau setakat asam keping boleh la jijah beli kat kedai, tapi bab air sirih tu, mana la jijah nak cari..


Petua terakhir nie berbunyi agak pelik. Tapi Mak Ngah jijah yang bagi. Belum cuba belum tau. Kali nie menggunakan susu cair. Beli jer jenama apa pun kat kedai kemudian simpan dalam peti ais. Jangan bekukan, sejukkan jer kat bawah semalaman. Bangun pagi-pagi terus minum. Jangan la kasi habis satu tin, cukup setakat teguk sikit jer. Tapi kalau korang nak boleh jer minum sampai habis! Semalam tak sempat beli susu cair. Rasanya macam nak cuba sebab antara semua petua yang nie paling sedap! hehe dah sakit pun nak jugak sedap kan..tapi jijah xsukew susu sbenarnyew hahaha...





♥ Da baca eh? Mekasih.. ♥

0 doakan jijahcomey kurus:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...