100Penulis : Wahai Pembuang Bayi, Bacalah Ini



Assalamualaikum wbt..
100penulis meneruskan lagi cabaran 30 minggu latihan menulis,di mana pada minggu ke-5 ini bertajuk "Wahai Pembuang Bayi, Bacalah Ini..."
Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis - Topik 5
Satu topik akan disiarkan setiap minggu.
Ini sebagai satu langkah melatih daya penulisan anda di samping mengatasi masalah kekurangan idea untuk menyiarkan entri di blog.
Kembangkan topik yang diberi mengikut kreativiti anda.
Ini adalah topik untuk minggu 5:
Wahai Pembuang Bayi, Bacalah Ini... 
Untuk menyertai sila ikuti entry ini 
Bagaikan sudah sinonim dengan masyarakat kini, hampir setiap hari kita dijamu dengan berita yang menyedihkan malah mungkin tidak masuk dek akal kerana insan yang bergelar manusia yang punya akal fikiran sanggup membuang bayi tanpa rasa belas.

Bayi sekecil tapak tangan dewasa itu dibiarkan sepi di kawasan sunyi, lebih menyedihkan ajal si kecil habis di makan haiwan liar.Hebatnya akal ciptaan ALLAH!!Tapi mengapa manusia sering menyalahguna??Tidak gentarkah kamu dengan hukuman ALLAH?Nauzubillah...!!

Andai si kecil mampu berkata-kata.. "Ibu, kenapa adik ditinggalkan keseorangan di sini?Adik takut..Ibu tak kesian kat adik??" Apakah sanggup lagi, kamu si ibu tinggalkan anak yang dikandung 9 bulan 10 hari tanpa ada rasa bersalah??Di mana nilai kemanusiaan yang ALLAH kurniakan pada kamu wahai pembuang bayi?
Buat Insan yang punya hati dan perasaan, hayatilah lagu ini..:)
Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan di buang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Nota hati : Disebabkan kerakusan nafsu, wujud insan yang tidak diingini.Manisnya cuma sekejap,impaknya sepanjang hidup.Anak-anak tidak berdosa dicampak merata-rata untuk menutup malu.Bila iman dihati sudah terhakis, syaitan meraja didalam hati halal haram ditolak ketepi.Kasih sayang dalam diri tidak lagi wujud, hitam pekat hati menutup rasa belas pada anak sehingga sanggup diletakkan ditempat paling hina.Dilakukan lebih hina dari binatang.Apakah kita kini kembali ke zaman jahiliyah??Allahuakbar!!Nauzubillah..


p/s : Wahai Pembuang bayi insafilah dengan perbuatan kalian, juga remaja masa kini.Jagalah maruah diri..Menyesal kemudian tiada gunanya..


Terima Kasih Sudi Baca & Singgah..;)


♥ Da baca eh? Mekasih.. ♥

4 doakan jijahcomey kurus:

East said...

datin bling bling

jijah said...

xdew nyew bling2..hehe..apew2 pn tq comment hehehe..

East said...

byk lagu dgr..kt blog owg lagu korea...kt sini lagu alyah....hahha

jijah said...

ha ok la2..u bla lg nk buh lgu kt blog u2 hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...