Ceriakan pagi anda mulai hari ini



Malas untuk memulakan hari you guys setiap pagi? Kalau macam bangun pagi terus boring macam malas pergi kerja, malas pergi sekolah atau malas mandi, meh sini baca tips untuk buat setiap hari agar pagi kita semua sentiasa happening...


  1. Gerakkan anggota tubuh lebih kurang 45 saat sebelum bangun tidur – Ini tak semua orang buat, kan? Sebab bila alarm clock dah berbunyi, you guys akan bermalas-malasan lagi dan sambung tidur, bila alarm clock berbunyi sekali lagi, you guys mula bangun dengan keadaan terkejut, heh not good okay. Dengar sini, bila alarm clock dah berbunyi, matikan bunyi tersebut dan mulakan dengan meregang tangan, diikuti badan, pinggang dan kaki. Selepas itu cuba gerakkan leher dan bingkas bangun dari katil. Ia bagus ye untuk otot dan sendi, juga meningkatkan aliran darah dalam badan dan membekalkan lebih oksigen pada tisu.
  2. Berus lidah selama seminit – Tidak ada cara lain yang lebih baik untuk menyingkirkan bau nafas dan memulakan hari dengan nafas segar bak pudina, caranya – berus lidah you guys. Beratus-ratus bakteria ye yang berada dekat dalam mulut sepanjang malam, so macam tak memadai kalau sekadar memberus gigi saja T___T
  3. Minum segelas air masak – Amalkan minum segelas air masak sebaik bangun daripada tidur. Ingat, you guys dah ‘berpuasa’ sepanjang malam, so tubuh akan mengalami penyahhidratan!
  4. Periksa jadual pagi – Sediakan kalender atau whiteboard dan tempatkannya pada kedudukan yang mudah dilihat di dapur. Catatkan di atasnya apa yang you guys kena buat pada hari itu. Periksa jadual you guys setiap pagi sambil menghirup secangkir minuman panas. Ini akan membantu you guys mengelakkan stress bila terlupa sesuatu yang penting pada hari tersebut.
  5. Beri kucupan mesra pada orang tersayang sebelum meninggalkan rumah –Let’s say you guys belum berkahwin macam I, kita masih boleh beri kucupan mesra untuk parents atau family tersayang. Haa. Kalau yang duduk rumah bujang tu, bagilah kucupan mesra dekat bantal busuk ke hapa hahaha. Hubungan yang mesra sangat membantu kurangkan stress dan menyuntik kesan positif untuk memulakan hari you guys.

Sekarang ini tiada lagi alasan untuk bermalas-malasan di tempat kerja atau sekolah atau masa dating atau masa shopping atau masa duduk rumah macam I. Siapa yang ada masalah lagi mari sini I nak cuba tarbiah dia sekejap saja tak lama.






♥ Da baca eh? Mekasih.. ♥

2 doakan jijahcomey kurus:

icHabElla said...

no 5 tuh cm best je. tp xde la lak....haha

Unknown said...

nyssa no5 best eh..bukn cm best jerk..tp mmg best pn hahaha...ha..buat la cm2 kt amirul aizat haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...