Ubat Bisul
Pada kebiasaannya bisul tumbuh pada bahagian badan sekitar punggung. Namun terdapat juga bisul yang tumbuh pada bahagian badan seperti paha dan belakang. Bisul ni agak menyakitkan, terutama apabila bila tumbuh di bahagian punggung yang akan menyukarkan kita duduk. Bila kita hendak tidur malam, sesetengah orang akan berasa berdenyut-denyut pada bahagian yang ditumbuhi bisul
Bisul yang tumbuh akan membengkak, kerana mengandungi nanah dan darah kotor yang dicemari kuman.
Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, banyakkan memakan makanan yang membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan serta makanan yang mengandungi vitamin C.
Sekiranya anda ditumbuhi bisul:
- Tampalkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul.
- Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.
- Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk.
- Jika bisul diperingkat serius tampalkan bunga rumput (terdapat di kedai-
- kedai India atau India-Muslim).
- Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh. Amalkan setiap hari, nescaya bisul cepat sembuh.
- Sapukan bedak sejuk pada bisul
- Sebaiknya jangan diganggu bisul tersebut dan biarkan bisul tu masak dulu sampai timbul matanya..Kemudian ambik botol kosong..bakar kertas di dalam nya..kemudian bila asap dah berkepul tekapkan muncung botol tersebut pada bisul tadi.l Biarkan asap tadi sedut nanah dan mata bisul tersebut. Proses ala bekam.! Bila dah selesai nanah tersebut disedut keluar, baru sapukan kapur sirih. Cepat baik.
0 doakan jijahcomey kurus:
Post a Comment